Damak:

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Saya Mengkuang Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Saya Menumpang Lalu
 

DPMM Pahang menyeru dan mengalu-alukan semua ahli perniagaan anak Pahang, walau dimana berada supaya mendaftar menjadi ahli Dewan ini. Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi Sekretariat Dewan Perniagaan Melayu Pahang, no Tel: 609-5142112/ 609-5142813 Fax: 609-5132018 atau menulis surat kepada,

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA,
Negeri Pahang Darul Makmur
A81, Jalan Teluk Sisek
25000 KUANTAN, MALAYSIA
 
Keahlian DPMM Pahang adalah terbahagi kepada dua, iaitu

a. Keahlian Individual: Dimana bakal ahli memiliki perniagaan yang didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan samada secara Pemilik Tunggal mahupun Perkongsian

b. Keahlian Syarikat: Dimana bakal ahli adalah terdiri daripada entiti perniagaan yang didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat.