PERANAN DEWAN KEPADA AHLI |
| Mengadakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan peniaga-peniaga Melayu menjadi ahli Dewan dan Persatuan Gabungan. |
| Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk faedah ahli. |
| Mewujud, membuka atau memberikan peluang-peluang perniagaan kepada ahli-ahli dari segi pengetahuan teknikal, kemahiran pengurusan dan pemasaran. |
| Menggalakkan kewujudan satu tenaga bersepadu (cohesive force) di antara ahli-ahli di dalam bidang-bidang perniagaan mereka |
| Mewujudkan satu kumpulan pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga Bumiputera yang bertahap tinggi dan profesional |
| Memperjuangkan hak mutlak ahli-ahli dalam bidang perniagaan berasaskan konsep"Fair Trade" |
| Memainkan peranan sebagai perantara, jurucakap dan penasihat bagi pihak ahli-ahli. |
| Menyediakan kemudahan khidmat nasihat kepada ahli-ahli. |
| Menyatupadukan peniaga-peniaga Bumiputera melalui Dewan dan mewujudkan semangat kesetiaan di dalam kesatuan |
PERANAN DEWAN SECARA UMUM |
| Menyediakan satu pusat sumber Maklumat Perniagaan dan Perindustrian |
| Merancang dan melaksanakan aktiviti penghasilan kewangan (Fund Generating) secara berterusan ke arah memperkukuhkan kewangan dewan. |
| Menyediakan satu Organisasi sekretariat yang mempunyai tenaga kerja mencukupi, mahir, cekap dan berdedikasi untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab. |