PERKHIDMATAN DEWAN KEPADA AHLI

Menyebar dan mempamirkan maklumat tender/ sebutharga dari Agensi Kerajaan dan Swasta.
Menyebar dan mempamirkan maklumat dan peluang perniagaan kepada bumiputera untuk menjadi Pembekal, Pengedar, Peruncit, Francaisi serta Import/ Export dan sebagainya.
Menyampaikan maklumat dan peluang-peluang menyertai Pameran Dagang Dan Lawatan Keluar Negara yang dianjurkan oleh Agensi Kerajaan Dan Swasta.
Memaklumkan maklumat dan peluang-peluang untuk menyertai Kursus-kursus Profesional, Kemahiran, Pengurusan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri dan komersial.
Memberitahu kepada ahli-ahli berkenaan peluang-peluang untuk menyertai kursus, seminar, dialog, simposium, ceramah dan sebagainya bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan.
Membuka cawangan-cawangan DPMM Negeri Pahang di setiap dareah.